Aku memberi salam

:: Aku memberi salam ::
:: Untuk dua orang taulan :: Seorang dari keturunan adam :: Seorang dari keturunan hawa ::

:: salam kepada keturunan adam ::
:: cita-cita adalah kemenangan :: harapan mendaki gunung :: pada tanam sejuta bunga ::
:: ingin dipetik kuntuman seri ::

:: salam kepada keturunan hawa ::
:: mimpi menjadi teman permaianan :: menutupi mendung :: perasaan dihambat usia ::
:: meratapi kepahitan sepi ::

:: aku memberi salam ::
:: untuk dua orang taulan :: seorang diciptakan qada’ :: seorang diciptakan qadar ::
:: kedua-duanya insan istimewa ::

:: aku memberi salam ::
:: akulah sahabat mereka :: yang mengerti erti perasaan :: erti penghargaan ::

- unknown -

Thursday, February 14, 2008

NASI AMBANG


















hehehe... nasi ambang (sebut dalam loghat jawa). one of my favourite meal. gambar di atas adalah gambar nasi ambang. aku snap pictures ni masa keluarga aku buat kenduri arwah makcik aku yg ke-100 hari di kampung.

nasi ambang adalah antara makanan orang jawa yang terkenal. glamour... popular... dan sebab dia best... hehehe.... nasi ambang ini dihidangkan dalam dulang yang mana 1 dulang dianggarkan untuk 4 orang makan. nasi yang dihidangkan bersama2 lauk ditengah2 yang beraneka jenis. antara lauk utama nasi ambang adalah sambal goreng, serunding, mee goreng, ikan kering, ayam kicap dan sambal belacan. pacri nenas spt gambar di atas adalah lauk tambahan. yang penting, nasi ambang lauknya tiada yang berkuah spt kari atau gulai lemak. asam pedas pun tak ok...

mungkin ramai yang biasa dengan makan dalam dulang / talam secara bersama2. biasanya selain di kenduri2, suasana tersebut boleh dilihat ketika majlis maulud nabi yang dibuat di surau2 atau mesjid2. tak pun masa makan yang dihidangkan lepas yasin setiap mlm jumaat di surau2 atau mesjid2. tapi, itu kita makan saja dalam dulang (makan habis). kuantiti makanan dalam dulang hanya utk 4 atau 5 orang yang mana tidak sama banyaknya spt nasi ambang dihidangkan (spt gambar di atas). kenapa kuantiti nasi ambang yang dihidangkan lebih banyak?


sebenarnya ada kelainan sedikit cara makan nasi ambang berbanding makan nasi minyak dalam talam. tapi bagi orang jawa, ianya adalah perkara biasa. malah ianya dikatakan satu adat jika makan nasi ambang ni. iaitu... mereka-mereka yang dihidangkan nasi ambang dalam satu dulang dalam sesuatu majlis, mereka akan menjamah nasi ambang tersebut bersama2. kemudian, lebihan nasi ambang yang dimakannya itu tadi akan dibungkus selepas dibahagi2kan sesama mereka untuk dibawa balik. ianya dianggap sebagai berkat (makanan yg ditapau) dri tuan rumah. beg plastik akan disediakan sekali bersama2 nasi ambang itu dihidangkan. jadi, dulang yang tinggal selepas majlis tidak akan berisi dengan lebihan makanan tersebut. mungkin ini dikatakan kesepakatan dalam kehidupan dalam komuniti bermasyarakat di kalangan mereka (orang jawa).

tapi mmg seronok apa kalo kita dapat makan nasi ambang ni. kalo dapat berkat yang berisi nasi ambang pun best...

(apa aku mengarut ni...)

yang penting, nasi ambang memang best.... hehehehe...

1 comment:

Unknown said...

i mintak izin copy gambar nasi ambang.sbb nak letak kat blog i. kat blog i citer pasal nasi ambang sbb i berhajat nak buat berkat nasik ambang untuk wedding i nanti. i puas google gambar nasik ambang tapi tak jumpa...sampai la i jumpa blog u.

MY VIDEO

Contact Me... For More Information

Mobile : +6 012 - 7642015
Email : rush8_1182@yahoo.com / uda.acit1182@gmail.com
@ LET's CHAT / leave ur comments here