Aku memberi salam

:: Aku memberi salam ::
:: Untuk dua orang taulan :: Seorang dari keturunan adam :: Seorang dari keturunan hawa ::

:: salam kepada keturunan adam ::
:: cita-cita adalah kemenangan :: harapan mendaki gunung :: pada tanam sejuta bunga ::
:: ingin dipetik kuntuman seri ::

:: salam kepada keturunan hawa ::
:: mimpi menjadi teman permaianan :: menutupi mendung :: perasaan dihambat usia ::
:: meratapi kepahitan sepi ::

:: aku memberi salam ::
:: untuk dua orang taulan :: seorang diciptakan qada’ :: seorang diciptakan qadar ::
:: kedua-duanya insan istimewa ::

:: aku memberi salam ::
:: akulah sahabat mereka :: yang mengerti erti perasaan :: erti penghargaan ::

- unknown -

Friday, December 28, 2007

Kata Hati

kadang-kadang, ada sampai satu masa itu kita rasa "letih" sangat. rasa "penat" yang muak. untuk berdepan dengan apa yg kita hadapi. hingga kadang-kadang membuat hati kita terdetik akan rasa putus asa. walaupun ianya bukan niat. tapi hati telah terdetik. detikkan yang luar dari kawalan perasaan kita. sampaikan kita tak tahu untuk apa yang hendak kita lakukan. tak tahu akan apa yang harus dan tidak patut kita lakukan. seperti kita tengah tersembam ke bumi dan tak punya daya untuk bangkit. fikiran kosong. terpaku kaku. hanya degup jantung yang bernafas. dan hanya air mata yang mengalir tanpa mampu kita halang.

dalam bangun hari yang kita lalui, kadang-kadang kita tidak "sedar". kita tidak sedar dengan apa yang kita lakukan. lakukan pada diri kita. yang mungkin juga pada orang di sekeliling hidup kita. adakah itu yang sepatutnya kita lakukan? patut atau tidak patut? adakah mungkin kita tahu? sebenarnya ada pada kita atau pada mereka? bingung andai kita terfikir. mungkin patut pada kita belum tentu patut bagi mereka. tapi, adakah kita perlu menerima andai ia patut bagi mereka sedangkan tak patut bagi diri kita? menipu diri sendiri? sampai bila? buntu bercelaru. ntah. tak tahu lah!

jadi, apa yang sedang kita lakukan ini? adakah apa yang sedang kita lakukan ini patut pada diri kita atau patut pada mereka? aku sendiri bingung. aku sendiri tak tahu dan tak punya jawapan yang pasti. apa yang aku tahu, aku kini sedang ikut Kata Hati. moga ianya juga patut bagi kamu.

andai aku perlu akur menerima diri kamu seadanya, adakah kamu juga akan sama menerima aku ini seadanya...?

:: antara sedar dan tidak, coretan ini hadir di sini.

Wednesday, December 26, 2007

Coretan di Perjalanan - Perth, Australia (Part 2)

Aku tahu aku tak mungkin dapat memilikimu.
Tapi cukup kenangan lalu antara kita,
telah buat aku ADA kamu dalam hidupku.

From :
Perth, Australia
16/12/2007 (6.04pm)

Coretan di Perjalanan - Perth, Australia (Part 1)

Hidup ini terlalu singkat.
Tak semua yang kita inginkan, kita boleh memilikinya.
Jadi, hargailah sahaja sekadar apa yang kita ada.
bukankah itu akan lebih memberi erti dalam hidup ini?

From :
Perth, Australia
16/12/2007 (5.55pm)

Shoutout for today

"Ukhwah itu di hati, andai bersendirian, pasti ia menemani. Setiap yg manis mampu dikenangi, walau tiada di mata kini, ia hadir bila diingati, kerana selamanya ia kekal di dasar hati..."

sumber : mynoacido
(i'm take this words from him... tQ bro...)

Wednesday, December 5, 2007

New icon in this blog - My Diary & Let's POT PET POT PET

korang semua,

semalam aku sempat letak icon dlm blog aku ni. hehehehe.... korang tgk la kt bahagian kiri blog aku ni. korang cari icon My Diary & Let's POT PET POT PET. ade 2 icon baru aku letak kt blog aku ni.

My Diary

aku letak My Diary ni adalah untuk kegunaan aku schedule kan life aku seharian and letak apa2 info penting yg perlu aku ingat. contoh: bila aku nk cuti rehat ker, hari kwin korang ke, besday korang ker... so, korang leh la check My Diary aku ni kalo nk tau schedule harian life aku. korang gak kalo nk aku ingat special day korang ke, bg tau la kt aku. nanti aku put it there... ok?

Let's POT PET POT PET

aku letak Let's POT PET POT PET ni plak adalah forum message untuk aku & korang untuk berborak ke berdiskusi ke tentang apa2 isu (ala2 bersidang la konon2), bergaduh ker kalo ade menda x puas hati, mengumpat atau bergossip tentang sesapa ke (dosa tanggung sama2 ok!) and untuk apa2 jer la... nak wish2 pun boleh. kalo korang ada apa2 nk "hangat"kan Let's POT PET POT PET aku tu, bg tau je la yer... aku harap gak, kt Let's POT PET POT PET tu aku & korang dapat kita berkumpul (gathering) versi online. maklum la, kita semua kan ade yg jauh2...

so korang jgn la ye segan2 "hangat"kan blog aku ni yer. kalo korang nk tolong promote2kan blog aku kt sesapa pun, aku x kesah... tQ ade lah aku bg kt korang. hehehehe....

jgn lupa... STAY CUTE LIKE ME... ("( 'o,' )")

Tuesday, December 4, 2007

Kawan tu bukan mcm ...

1)kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..

2)kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..

3)kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..

5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..

9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

10)lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa meng hadi ahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. ( 'o,' )")

ehsan : KaK Ju.

Monday, December 3, 2007

Kitaro @ Arena Of Stars Genting

1st time aku jejakkan kaki di puncak genting adalah ketika aku darjah 5. masa tu aku ikut rombongan sekolah yang semuanya murid adalah dari darjah 6. macam mana aku leh terselit? aku kan baru darjah 5. huhuhu... aku ni pantang sgt kalo ade dgr rombongan. so, bile aku tau sekolah (SK Benut) nk bwk murid2 darjah 6 ke Kolumpor (KL) dan Genting, aku pun terus bertindak pantas. harharhar.... aku pun g la bilik guru jumpa cikgu yg arrange rombongan tu bodek2 utk dia boleh menyelitkan aku. mula2, aku x dibenarkan ikut. alasan - aku lum 12tahun lagi & xde IC. ceh! alasan kukuh yg perlu aku tepis. aku pun merayu lagi.... boleh la cikgu.... akhirnya, cikgu tu berjaya kurayu (aku lupa la nama cikgu tu - apapun, tQ & I luv u la cikgu!). tau x apa reason yg cikgu tu membenarkan aku g gak join rombongan tu? - sebab aku ni bersaizkan murid darjah6. hehehehe.... maklumlah, time tu aku ni comel sgt. so i'm look like 12yo. wat ever la... janji aku leh join... ahaks!



dan... pada 1Disember2007 yg lepas ni, aku berjaya mencipta ulangan menjejakkan kaki ke puncak genting tu. mata aku telah menyaksikan mcmana suasana dulu masa aku 1st time & mcmana plak la ni... beza sungguh... makin best! mcmana aku leh dapat pengalaman ni? hehehe... mula2 aku nk tQ so much kt Bos aku (Dr.Azim). dia yg bg aku 2 tiket free untuk tgk live show kitaro. terkesima seketika aku bila diberikan tiket tu. actually, bos aku dh beli awl tiket ni utk dia g tgk dgn wife dia. aku tgk kt tiket tu bulan 9 dia dh bli. tapi dia x dapat g sbb dia kena ke algeria atas urusan rasmi. so, dia pun serahkan tiket tu kat aku. hehehehe.... rezeki aku rupanya. n rezeki housemate aku, enal. kitaorg g berdua naik myvi 1.0 aku tu. sampai gak puncak myvi 1.0 aku tu dgn selamat (ingat myvi x leh ke wpun 1.0? ahaks!)


sedikit keciwa. sbb aku x dapat rakam n snap picture yg ok dlm arena of stars tu. hampeh tul la digicam aku ni. x secanggih mana rupanya. kabur jer semua pic yg aku snap. nk rakam jauh gak la. nampak blur jer... apapun, that was a great experience in my life setakat ni. international live show tu. kalo nk harap aku bli tiket, pk 18x pun lum tentu aku akan beli. Alhamdulillah ni rezeki aku n my housemate.
actually, b4 kitaorg masuk ke arena of star ni, kitaorg sempat gak la pusing2 n tgk2 apa menda2 yg ade kt puncak ni. ade la beberapa snap picture yg aku amik wat ala2 kenangan gitu. b4 masuk pun, kitaorg g suppedek dulu kt McD. kalo nk tgk picture2 lain, g la tgk kt fotopages aku yer...

MY VIDEO

Contact Me... For More Information

Mobile : +6 012 - 7642015
Email : rush8_1182@yahoo.com / uda.acit1182@gmail.com
@ LET's CHAT / leave ur comments here